TechSemut Malaysia

Membina iPhone 6S Anda Sendiri [Video]

Membina iPhone 6S Anda Sendiri [Video]

Membina iPhone 6S Anda Sendiri [Video]
April 18
05:01 2017

Pernahkah anda terfikir untuk membina sebuah iPhone 6S anda sendiri, memandangkan telefon pintar tersebut berharga ribuan Ringgit dan tidak mampu dibeli oleh kebanyakan pengguna biasa di Malaysia. Seorang blogger dan pengembara yang mengendalikan laman web Strangeparts.com telah mendedahkan bagaimana beliau membina sendiri sebuah iPhone 6S 16GB daripada komponen terpakai dan komponen baharu yang diperolehnya dari gedung-gedung elektronik di Shenzhen dan Guangzhou, China. Pengembaraan beliau diceritakan dalam dokumentari hampir setengah jam dan post blog di laman webnya itu.

Membina iPhone 6S Anda Sendiri [Video]

Anda boleh menonton video tersebut di atas, tetapi dipendekkan cerita, ia bukan tugas yang mudah. Beliau perlu bertungkus-lumus mencari komponen-komponen yang diperlukan, dengan berulang-alik ke pelbagai gedung dan kedai di ceruk-ceruk Shenzhen. Pendek kata, jika anda tidak mempunyai hati yang kental, tentu anda sudah berputus asa separuh jalan.

Menurut komen dalam video Youtubenya, beliau membelanjakan kira-kira USD300 untuk membeli komponen-komponen, tetapi beliau telahpun memiliki peralatan dan komponen “spare part” dalam inventorinya yang bernilai lebih kurang USD1000. Jadi, jika dikira dari segi kos keseluruhan jika anda ingin membuatnya dari kosong, ia sememangnya tidak berbaloi dari segi kewangan, walaupun anda memiliki skill untuk memasang barangan elektronik.

Walaubagaimanapun jika dikira dari pengalaman yang diperolehi, ia sememangnya berbaloi. Ia umpama membuat satu pengembaraan backpacking ke seluruh dunia, cuma dalam kes ini, pengembaraan dibuat dalam ekosistem pembuatan telefon pintar di China, terutamanya di Shenzhen. Video ini sememangnya menarik dan membuka mata kepada kepakaran dimiliki China yang sukar ditiru mana-mana negara.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com