Berita Menarik

Membongkar Rahsia Rempah-Ratus [Edisi Ibu Berpantang]

Pembaca : 16
0 0

Buah dan daun Asam Gelugor ataupun nama saintifiknya Garcinia Atroviridis setelah ditumbuh halus bersama ramuan lain atau direndam di dalam cuka dan disapu pada tubuh ibu berpantang dapat mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil. Manakala jus daunnya apabila diminum dapat mencuci bahagian peranakan dan juga memainkan peranan dalam usaha mengembalikan badan kepada bentuk asal.

Biji Sawit Pahit ataupun nama saintifiknya Brassica Juncea boleh digunakan sebagai tonik dan ubat sapu luaran selepas bersalin. Biji tersebut sekiranya kerap dimakan, maka diet harian perlu diimbangkan dengan jenis makanan yang banyak mengandungi sumber iodin.

Seluruh bahagian Bonglai ataupun nama saintifiknya Zingiber Montanum (Koenig) Dietrich boleh dekoksi bercampur dengan ramuan lain dan diminum oleh ibu berpantang. Bahagian rizomnya boleh digunakan untuk membuat ubat luaran untuk disapu pada badan ibu berpantang. Baunya seperti campuran halia, kamfor dan kunyit manakala rasanya seperti kamfor dan pedas.

Kudup Bunga Cengkih atapun nama saintifiknya Syzygium Aromaticum setelah diproses boleh digunakan sebagai minuman tonik yang mengeluarkan angin daripada perut dan usus serta merangsangkan sistem penghadaman bagi ibu berpantang. Manakala buah bunga cengkih boleh dibuat ubat dalaman bersifat afrodisiak dimana ianya dapat mengetatkan vagina setelah proses bersalin.

Safron ataupun nama saintifiknya Crocus Sativus L. merupakan rempah-ratus yang paling mahal di dunia. Ianya boleh digunakan sebagai minuman tonik untuk merawat pendarahan berlebihan dan menyingkirkan kekotoran selepas bersalin. Perlu diingat, safron tidak sesuai sebagai ubat dalaman kepada wanita yang hamil dan juga yang mempunyai perancangan ingin hamil.

Temu Lawak ataupun nama saintifiknya Curcuma Zedoaria Roscoe setelah diekstrak, boleh diminum oleh ibu berpantang untuk mengeluarkan angin daripada perut dan usus. Namun ianya perlu diambil dengan sukatan yang betul kerana dos yang sangat berlebihan boleh menyebabkan pitam dan kematian.

Serai ataupun nama saintifiknya Cymbopogon Citratus di bahagian daunnya boleh digunakan sebagai tonik minuman untuk melawaskan kitaran haid dan juga bagi merawat masalah penghadaman dan sakit otot bagi ibu berpantang.

Bahagian daun Jintan Putih ataupun nama saintifiknya Cuminum Cyminum L. setelah dekoksi boleh diminum untuk merangsang dan melawaskan penghasilan susu badan bagi ibu berpantang. Buahnya juga boleh digunakan dalam ramuan campuran untuk diminum oleh ibu berpantang. Bau yang timbul adalah disebabkan oleh kandungan kuminaldehid dalam jintan putih.

Jintan Hitam ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa L. boleh dimasukan ke dalam ramuan campuran yang dijadikan ubat minum bagi meningkatkan edaran darah ibu berpantang. Bijinya pula boleh membantu dalam penghasilan susu badan. Namun, ia tidak sesuai digunakan dalam dos yang besar kepada wanita mengandung kerana ia boleh menyebabkan tubuh dalaman menjadi panas.

Biji Halba ataupun nama saintifiknya Trigonella Foenum-Graecum L. boleh direbus lalu dimakan untuk menambahkan penghasilan susu badan dan ia boleh dibuat minuman yang dapat menyegarkan badan ibu berpantang. Selain itu, halba juga merupakan elemen yang bersifat antikanser.

sumber : rootofscience.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.