Membuat Pendua (Backup) Server linux anda

Memastikan sistem sentiasa dalam keadaan baik bukan lah kerja yang sukar namun ianya amat merumitkan jika berlakunya masalah di masa akan datang . Apa akan berlaku apabila tiba-tiba cakra keras anda rosak atau tersilap konfigurasi segingga menyebabkan sistem bermasalah ? anda membuat backup segala fail anda namun sistem utama perlu di konfigure semula memandangkan data anda tak akan dapat berfungsi dengan sistem operasi yang perlu di selaraskan seperti kehendak sistem anda.

Dalam linux , terdapat arahan yang dikenali sebagai “dd” . ia adalah singkatan dari perkataan inggeris “disk Duplication”

Selain digunakan untuk membuat pendua , aplikasi ini juga berguna bagi anda yang ingin membuat migrasi kepada server baru tanpa perlu membuat pemasanggan sistem pengoperasian dari awal.

Berikut adalah arahan kod yang boleh di gunakan

Contoh jika cakra keras anda adalah “sda” :

$ sudo dd if=/dev/sda of=./sda.raw

*Arahan di atas akan mencipta cakra pendua dalam format row 

Jika anda ingin menguji fail row tadi  dengan aplikasi  VirtualBox anda perlu mengubah format fail kepada jenis VDI  pada arahan aplikasi yang telah di pasal virtual box :

$ VBoxManage convertdd sda.raw sda.vdi --format VDI

Jika anda mengunakan aplikasi  VMware anda perlu ubah format fail kepada  VMDK:

$ VBoxManage convertdd sdb.raw sdb.vmdk --format VMDK

Menukar Format dari  format VDI/VMDK :

$ VBoxManage clonehd sdb.vdi sdb.vmdk --format VMDK
$ VBoxManage clonehd sdb.vmdk sdb.vdi --format VDI

Untuk memasang pada cakra keras lain , arahan di bawah boleh di gunakan
$ sudo dd if=./sda.raw of=/dev/sdb

Write a Comment

view all comments

*