Terdapat pelbagai menara komponen PC yang boleh dimiliki di pasaran. Bagi yang memerlukan kerangka dengan sistem modular, Cooler Master melancarkan kerangka MasterCase Pro 6 di Malaysia. Kesemua komponen utama dengan mudah dapat ditanggalkan dengan sambungan secara magnetik.

Panel atas serta hadapan boleh dibuka bagi meningkatkan peredaran udara untuk komponen seperti pemproses dan kad grafik. Selain daripada itu pelbagai komponen tambahan disokong menerusi sistem modular FreeForm. Antara yang boleh dilakukan ialah memasang kad grafik secara menegak dan sistem lampu LED. Cooler Master MasterCase Pro 6 dijual di Malaysia pada harga RM699.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.