Hujung minggu ini ramai akan kembali bekerja di pejabat selepas tempoh PKP ditamatkan. Sejak lebih sebulan lalu, kami tahu ramai yang menghadapi cabaran untuk bekerja dengan pasukan dari jarak jauh kerana tiada peranti serta platform yang sesuai wujud di pasaran. Di acara Invite, Microsoft memperlihatkan Microsoft Mesh yang cuba menyelesaikan masalah norma baharu ini.

Mesh ialah platform yang membolehkan pertemuan dilakukan dengan ahli kumpulan yang duduk berjauhan secara maya. Pengguna boleh bekerjasama untuk membincangkan rekaan struktur rumah atau kenderaan menggunakan model hologram tiga dimensi. Setiap peserta pertemuan maya Mesh akan diwakili oleh avatar 3D yang terapung dalam dunia realiti terimbuh.

Untuk pengalaman terbaik, Mesh digunakan bersama dengan HoloLens 2 yang menggabungkan dunia maya dan realiti. Tetapi Mesh turut boleh digunakan oleh pengguna peranti realiti maya lain, PC, telefon pintar dan tablet.

Selain menjadi bilik mesyuarat maya dengan avatar 3D, peserta turut boleh memanipulasi objek 3D menggunakan alat kawalan jauh. Microsoft membayangkan masa depan di mana perbezaan jarak geologi tidak lagi akan menghalang kolaborasi dilakukan antara dua insan.

Pada waktu ini aplikasi untuk Mesh untuk HoloLens 2 dan AltspaceVR boleh dimuat turun untuk diuji. Terdapat perancangan untuk menyokong Mesh dalam produk lain keluaran Microsoft seperti Teams dan Dynamics 365 di masa hadapan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.