Menjadi Pengkarya Video Kini Lebih Mudah Dengan OPPO Reno2

Revolusi kamera dan telefon pintar kini dilihat semakin canggih. Jika dahulu kita lihat bahawa kedua-dua peranti ini membawakan rekaan yang besar dan berat, namun kini, seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, rekaannya juga semakin kecil dan ringan sekaligus lebih memudahkan pergerakkan pengguna. Malah, fungsi kamera kini telah dibina sekali bersama sama dalam telefon pintar bagi memenuhi kehendak pengguna zaman sekarang. Jadi, tidak hairanlah sekiranya kesemua jenama pengeluar telefon pintar berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon pintar dengan spesifikasi yang baik termasuklah dari kebolehan kameranya.

Jadi, OPPO baru-baru ini telah hadir dengan telefon pintar mereka yang terbaru, iaitu OPPO Reno2.  Apa yang menarik tentang telefon pintar ini adalah, ia hadir dengan rekaan kamera yang cukup mengagumkan sesuai dengan keperluan harian dan memenuhi kehendak para pengguna mereka. Antara fungsi kamera OPPO Reno2 yang hangat diperkatakan semenjak pelancarannya adalah binaan Kuad Kamera 48MP, 5x zum hibrid hingga 20x zum digital, mod Ultra Steady dan juga mod Ultra Dark, selain fungsi fungsi menarik yang lain.

Kita mulakan dengan binaan kamera yang terdapat pada OPPO Reno2 ini terlebih dahulu. Telefon pintar ini dilengkapi dengan kuad kamera 48MP yang digabungkan dengan lensa 8MP untuk ultra sudut lebar, 12MP untuk rakaman telefoto dan 2MP untuk sudut monokrom, manakala 16MP untuk rakaman swafoto.

Fungsi rakaman pada telefon pintar ini juga boleh dikatakan agak baik dimana ia menyokong untuk membuat rakaman zum digital sehingga 20 kali dan zum hibrid 5 kali. Melalui fungsi zum hibrid 5x ini, ia akan menggabungkan kesemua empat lensa termasuklah lensa ultra lebar, kamera utama, dan lensa fokus-kedalaman yang mana masing masing bersamaan 16mm, 26mm dan juga 83mm. Jadi, rakaman gambar dan video anda akan menjadi lebih jelas dan cantik, malah untuk zum ke subjek yang jauh juga sangat mudah dan jelas.

Sokongan zum hibrid 5x ini juga didatangkan dengan lensa sudut ultra lebar seluas 119 darjah dan rakaman telefoto yang menyokong resolusi video 1080p pada kadar 60fps untuk rakaman yang diambil menggunakan kamera utama. Oleh itu, sekiranya anda membuat rakaman permandangan yang jauh tetapi inginkan kualiti yang baik, OPPO Reno2 merupakan pilihan yang terbaik. Hal ini adalah kerana ia mampu untuk zum subjek sehingga 20x tanpa perlu berganjak dari lokasi anda.

This slideshow requires JavaScript.

Untuk lensa sudut lebar 8MP yang terdapat pada telefon pintar ini, keluasan rakaman yang boleh dirakam adalah sebesar 116 darjah sekaligus membolehkan anda untuk mendapatkan pemandangan gambar yang lebih menyeluruh walaupun berada di ruangan yang sempit. Hal ini kerana ia menyediakan sudut lebar seluas 116 darjah dengan komposisi gambar yang lebih pelbagai dan membolehkan rakaman subjek yang lebih besar dimuatkan ke dalam satu rakaman yang sama. Jadi, bagi anda yang sering melancong dan mengembara, fungsi ini sangat sesuai untuk anda mendapatkan rakaman gambar dan video yang lebih cantik dan meluas.

Selain itu, OPPO Reno 2 ini juga mampu untuk membuat rakaman makro dimana ia boleh menghasilkan rakaman gambar yang memfokuskan kepada subjek yang sangat kecil di dalam gambar dengan cara mengecam secara tepat senario microspur dan secara semulajadi ia mengaburkan gambar dari jarak jauh untuk menghasilkan kesan bokeh yang lebih realistik. Kualiti gambar makro yang dirakam ini terhasil adalah kerana lensa makro 8MP ini dibantu oleh lensa AF (Auto Focus) yang membolehkan anda untuk merakam gambar subjek yang kecil seperti debunga yang terdapat pada sesetengah tumbuhan.

Selain rakaman gambar daripada lensa kamera mereka yang hebat, OPPO Reno2 ini juga telah dibina dengan Mod Ultra Steady yang mana dengan fungsi mod ini, anda boleh mendapatkan rakaman video yang lebih stabil. Untuk mengetahui keberkesanan mod ini, anda boleh mengujinya dengan menaiki Roller Coaster yang mana jika dibandingkan rakamannya dengan OPPO Reno versi terdahulu, kualiti mod Ultra Steady pada OPPO Reno2 ini sangat membantu anda untuk mendapatkan rakaman yang lebih stabil berbanding pada OPPO Reno. Hal ini kerana mod ini dibantu oleh fungsi Electronic Image Stabilization (EIS) dan juga Optical Image Stabilization (OIS) yang akan membantu untuk mengurangkan kesan gegaran di dalam rakaman gambar dan juga video serta merupakan fungsi yang paling sesuai bagi anda yang sering membuat rakaman video.

Antara fungsi Reno2 lain yang dilihat dapat membantu kandungan video anda menjadi lebih menarik adalah lensa sudut lebar 8MP yang membolehkan anda untuk membuat rakaman sudut lebar dan makro. Hal ini kerana ia menyediakan sudut lebar seluas 116 darjah komposisi gambar yang lebih pelbagai dan membolehkan rakaman subjek yang lebih besar dimuatkan ke dalam satu rakaman yang sama. Jadi, bagi anda yang sering melancong dan mengembara, fungsi ini sangat sesuai untuk anda.

Jika dahulu, anda hanya boleh mendapatkan rakaman dengan efek bokeh dengan menggunakan kamera DSLR, terutamanya untuk penggambaran video, sekaligus menampakkan rakaman gambar menjadi lebih professional, kemas dan cantik. Kini, pada OPPO Reno2, anda bukan sahaja dapat membuat rakaman gambar dengan efek menggunakan kamera utama dan swafoto sahaja, malah ia menyokong untuk membuat rakaman bokeh dalam bentuk video. Dengan kamera professional yang kompak yang ada pada Reno2 ini, anda boleh mengambil gambar yang cantik seumpama kamera professional pada bila bila masa dan dimana sahaja.

Bagi anda yang gemar merakam video dan sering melakukan aktiviti luar, fungsi seterusnya ini sangat membantu anda untuk menghasilkan rakaman video yang lebih memuaskan. Fungsi ini dikenali sebagai fungsi Audio Zoom, yang mana ia membantu anda untuk mengecam suara subjek di dalam rakaman, dan apabila anda zum kepada subjek, ia akan dapat merakam suara anda dengan lebih jelas walaupun jarak subjek dengan kamera adalah jauh. Memandangkan OPPO Reno2 ini menyokong untuk membuat rakaman zum sehingga 20x, dengan fungsi Audio Zoom ini juga, anda boleh membuat zum sebanyak 20x dan dapat merakam audio 20 kali lebih jelas sekiranya anda zum kepada subjek.

Sebelum ini telefon telefon pintar memerlukan aplikasi berasingan  untuk menyunting (edit) video. Tetapi pihak OPPO melihat ini sebagai salah satu peluang mereka untuk memenuhi kehendak orang ramai. Jadi, mereka telah hadir dengan satu fungsi suntingan video terbina untuk OPPO Reno2, iaitu SoLoop. Dengan fungsi ini, anda tidak perlu lagi memindahkan fail untuk membuat suntingan video dan dapat menjimatkan lagi masa anda.

Jika dahulu rakaman pada waktu malam adalah waktu yang sangat sukar untuk diambil kerana sistem pencahayaan yang kurang dan teknologi yang tidak secanggih sekarang ini, namun, dengan menggunakan OPPO Reno2, anda boleh mendapatkan rakaman gambar atau video pada waktu malam dengan cantik, jelas dan kurang kesan hingar pada rakaman. 

Untuk fungsi fotografi pula, satu lagi fungsi yang menarik adalah Mod Ultra Dark yang membolehkan pada pengkarya video (vloggers) untuk menghasilkan rakaman gambar yang cerah dan cantik walaupun anda berada di persekitaran yang gelap. Hal ini adalah kerana NPU membantu OPPO Reno2 untuk merakam setiap butiran dalam rakaman subjek yang tidak dapat dilihat dengan mata manusia. Ini sekaligus membolehkan anda untuk merakam apa yang mereka lihat dengan baik walaupun berada di pesekitaran yang gelap gelita.

Beralih pula pada bagaimana OPPO Reno2 ini beroperasi dengan baik untuk fungsi zum hibrid 5x dan 20x zum digital. Melalui fungsi ini, anda boleh merakam gambar yang jauh daripada anda berada tanpa berganjak ke tempat yang lebih dekat. Hal ini mungkin kerana ia akan menggabungkan lensa zum, termasuklah lensa sudut lebar, lensa kamera utama, lensa fokus kedalaman, yang mana masing masing bersamaan 16mm, 26mm, dan 83mm.

Telefon pintar ini hadir dengan rekaan skrin AMOLED Sunlight yang mana ia membolehkan anda untuk mendapatkan paparan yang jelas dan tidak gelap walaupun berada di tempat yang terang. Namun, anda tidak perlu risau kerana walaupun ia dapat memaparkan paparan skrin yang jelas, tetapi ia dapat membantu telefon pintar anda untuk mengurangkan penggunaan kuasa sebanyak 6% dan meningkatkan lagi jangka hayat perkhidmatan skrin sehingga 50%.

Bagi penggunaan pada waktu malam pula, OPPO telah mengurangkan pencahayaan biru pada OPPO Reno2 mereka sebanyak 37.5% berbanding versi Reno yang sebelumnya. Dengan ini, ia sedikit sebanyak membantu para pengguna untuk mengurangkan risiko kerosakkan mata sekiranya anda seorang yang sering menggunakan telefon pintar pada waktu malam atau juga di tempat yang kurang pencahayaan.

Telefon pintar OPPO Reno2 yang terbaru ini telah dibina dengan ciri yang memfokuskan kepada rakaman gambar dan video. Selain pelbagai fungsi menarik pada kameranya, telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 730G, fungsi Hyper Boost 2.0, memori dan storan 8GB RAM bersama 256GB ROM, disertakan dengan pengecasan pantas VOOC 3.0, dan telah diiktirafkan oleh pensijilan lima bintang untuk TUV Gaming.

OPPO Reno2 ini juga dilengkapi dengan teknologi dwi wifi yang boleh menyambungkan kepada dua Hotspot yang berbeza untuk mengakses Internet. Rangkaian dua hotspot dua hala ini berfungsi secara serentak untuk memilih isyarat optimum bagi menjadikan sambungan yang lebih baik. Sebagai contoh, hotspot 2.4G dan hotspot 5G ini boleh menggunakan frekuensi yang berbeza tanpa sebarang gangguan sekaligus membolehkan anda untuk menerima dan menghantar data secara bebas.

OPPO Reno2 berharga RM2,299 manakala Reno2F pula dipasarkan pada harga RM1,599. Pengguna boleh membeli OPPO Reno2 mereka di OPPO Concept Store, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau dalam talian di laman web rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang di Lazada atau Shopee, dan rakan kedai Rangkaian OPPO Senheng, senQ, dan DirectD.

Bagi pelanggan AEON, anda boleh menggunakan kredit AEON anda untuk mendapatkan OPPO Reno2 dengan kadar faedah yang rendah secara ansuran selama 12 bulan. Menariknya,tiada deposit dan kad kredit diperlukan dan ia boleh didapati di setiap kedai konsep, kedai terpilih dan kedai Telco terpilih bermula hari ini sehingga 30 November 2019. Pameran jerayawara pertama OPPO Reno2 juga mencapai dua kali ganda jualan berbanding dengan model terdahulu, OPPO Reno.

Sejak hari jualan pertama OPPO Reno2, OPPO Malaysia bukan sahaja mencapai rekod jualan yang hebat di kedai jualan rasmi dan dalam talian, tetapi juga di platform rakan telekomunikasi mereka termasuk Celcom, Digi dan Maxis. Ini adalah disebabkan pelan mudah alih yang berpatutan yang disalurkan kepada O-Fans. Reno2 kekal berada di tangga pertama dengan kedudukan telefon pintar dalam harga RM2,000 dan RM2,300 di kedai-kedai telekomunikasi utama, iaitu Celcom, Digi dan Maxis! Sokongan dari pelan pakej yang hebat dari rakan kongsi telekomunikasi Celcom, Digi dan Maxis juga menyumbang kepada pencapaian rekod jualan hebat OPPO Reno2. OPPO telah bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan Maxis, Celcom dan Digi untuk menawarkan tawaran terbaik kepada pengguna mereka. 

Kini dengan Maxis, anda boleh membeli OPPO Reno2  dan dapatkan satu lagi OPPO Reno2 secara percuma dengan melanggan pakej Maxis Zerolution. Dengan mendaftar untuk Zerolution Buy 1 Free 1 dengan talian RM158 + RM48 talian kongsi bersama dan 99 pelan ansuran bulanan, anda boleh mendapatkan dua telefon Reno2 dan Beg Reno Eksklusif bernilai sehingga RM199. Selain itu, anda akan mendapat ansuran peranti 3 bulan secara percuma.  

Layari : Laman Rasmi Maxis Untuk Maklumat Lanjut OPPO Reno2

Bagi pengguna Celcom pula, dapatkan OPPO Reno2 anda secara PERCUMA dengan Celcom Mobile Platinum Plus Plan bersama beg eksklusif Reno. OPPO Reno2 juga boleh didapati dengan pelan Celcom EasyPhoneTM serendah RM52 setiap bulan.

Laman Rasmi Celcom Untuk Maklumat Lanjut OPPO Reno2

Digi pula mengeluarkan OPPO Reno2 dengan bayaran bulanan ALL-IN terendah melalui Digi PhoneFreedom 365 pada RM68 atau pelan bulanan RM90. Melalui langganan ini, anda tidak perlu membayar wang pendahuluan, kadar faedah internet, dan boleh menikmati kuota internet 30GB bersama 100GB YouTube. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan OPPO Reno2  dan menerima beg eksklusif Reno bernilai RM 199 secara percuma ini sementara stok masih ada.

Layari : Laman Rasmi Digi Untuk Maklumat Lanjut OPPO Reno2

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.