Merakam audio suara berkualiti komersial di rumah

Sebelum ni techsemut telah berkongsi laman web yang mampu menjana pendapatan anda dengan membuat promosi dan  menjual suara anda secara atas talian   . Artikel ni pula untuk berkongsi dengan anda bagaimana untuk merakam suara yang berkualiti dengan studio buatan anda di rumah .

Untuk merakam suara yang berkualiti mic biasa tidak boleh digunakan ini kerana mic biasa yang ada di pasaran akan menyebabkan ganguan luar dan sekeliling selain mempunyai  kualiti rakaman anda tidak baik dan akan banyak ganguan. Anda memerlukan mikrofon Condenser yang di gunakan di studio rakaman dan radio bagi tujuan ini . Terdapat pelbagai jenis dan kualiti dan jenama mikrofon condeser di pasaran . Harga termurah yang penulis jumpa dan gunakan adalah jenama behringer sekitar RM 350 yang boleh di dapati di kedai musik di jalan pasar . Untuk menyediakan studio mini di rumah , Anda perlu memastikan model mic yang anda beli adalah yang menyokong USB dan bukan yang di gunakan di studio kerana peralatan penyambungan studio amatlah mahal . Anda akan mengunakan komputer di rumah anda sebagai pemproses rakaman anda bersama perisian .

salah satu model mic bagi tujuan rakaman berkualiti

Setelah anda mendapatkan mic condenser anda , seterusnya anda memerlukan perisian rakaman yang akan di gunakan bagi merakam dan memanupulasi suara anda . Penulis Menyarankan anda mengunakan perisian Audacity   Sebuat perisian sumber terbuka yang boleh dimuat naik dan digunakan secara percuma . Untuk model C1 di atas perisian ini menyokong sepenuhnya .

Kini anda hanya perlu pasang pada usb komputer anda , dan mulakan rakaman dengan perisian ini . Terdapat perisian lain di pasaran yang boleh anda beli  . Namun perisian ini sudah cukup untuk anda merakan dan mengedit suara anda kerana mempunyai ciri-ciri perisian komersial di pasaran.

 

 

 

Write a Comment

view all comments

*