Pemakaian pelitup muka digalakkan oleh KKM bagi mengurangkan risiko terkena atau menyebarkan wabak Covid-19. Tetapi kami yakin anda menyedari apabila bercakap dengan pelitup muka, anda secara automatik berbunyi seakan Bane dari filem Batman. Bagi peminat karaoke, proses menyanyi menjadi lebih sukar.

Masalah ini disedari oleh Joysound, syarikat yang mengeluarkan mesin karaoke di Jepun. Mereka kini memperkenalkan mod topeng pada mesin keluaran mereka yang memperbaiki kualiti nyanyian ketika memakai pelitup muka. Pada skrin tetapan audio di pusat-pusat karaoke Joysound terdapat butang khas untuk mengaktifkan mod ini.

Harus diingatkan mod topeng hanya menerangkan suara penyanyi yang terhalang akibat pelitup muka tetapi tidak boleh membantu sekiranya mereka tidak mempunyai bakat dalam nyanyian.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.