Kita sudah memasuki generasi ke-sembilan konsol dan dengan setiap iterasi peningkatan pada kualiti grafik dapat dilihat dengan jelas. Dalam permainan Adventure, watak manusia yang dikawal pemain hanyalah satu pixel berbentuk empat segi. Kini di Cyberpunk, watak utama mempunyai puluhan ribu poligon untuk kelihatan hidup. Proses menghasilkan watak sintetik di dunia 3D ini mengambil masa yang lama.

Sebagai pembangun enjin permainan video yang amat popular, Epic Games ingin memudahkan proses menghasilkan watak untuk permainan video. Mereka mengumumkan ciri terbaru Unreal Engine iaitu MetaHuman Creator. Pembangunan boleh mengawal kesemua aspek penghasilan watak dengan kawalan pada wajah, kulit, usia, bangsa, tubuh dan pakaian.

Menurut Epic Games, kini sebuah watak permainan video yang realistik akan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk dihasilkan dan bukannya berminggu-minggu.

Kesemua watak asas telahpun dilengkapi ringging dan titik pada bahagian muka sebagai persediaan untuk memasukkan data motion capture. MetaHuman Creator akan dilancarkan kelak dan untuk waktu ini dua model manusia diberikan percuma kepada pengguna Unreal Engine 4.26.1.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.