Mi Browser Dikemaskini Dengan Rekaan Mirip Pelayar Web Mint Dan Facebook & WhatsApp Terbina

Mi Broswer adalah aplikasi pelayar web tersendiri Xiaomi yang terbina dalam peranti-peranti Xiaomi. Xiaomi juga mempunyai pelayar web Mint Browser, yang mana dibangunkan untuk kegunaan para pengguna Android lain yang tidak menggunakan peranti Xiaomi. Terkini, aplikasi pelayar web Mi Browser telah dikemaskini dengan menyalin beberapa rekaan dari Mint Browser kepada Mi Browser.

Bukan itu sahaja, aplikasi baharu Mi Browser ini turut mempunyai Facebook terbina yang membenarkan pengguna akses siaran-siaran di laman utama Facebook. Lebih menarik, pengguna turut boleh melihat status yang dikongsi oleh rakan-rakan di WhatsApp terus dari pelayar web ini. Akan tetapi, untuk fungsi WhatsApp ini pelayar web baharu ini akan meminta kebenaran untuk mengakses data-data WhatsApp.

Muat Turun/Kemaskini Aplikasi Mi Browser Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*