Satu perkara yang menarik bekerja di Amanz ialah peluang mengembara ke seluruh dunia untuk menulis mengenai teknologi. Sejak memulakan kerjaya di sini, kami telah mengumpul ratusan ribu kilometer jarak penerbangan. Aksesori yang paling utama apabila keluar negara ialah penyesuai palam elektrik universal. Tanpanya pengecas peranti tidak dapat berfungsi kerana palam dinding yang berbeza mengikut negara.

Micro ialah penyesuai palam elektrik yang menarik minat kami kerana rekaannya yang kompak. Ia hampir 60% lebih kecil berbanding penyesuai yang dijual di pasaran sekarang. Sungguhpun kecil ia menyokong kesemua jenis palam dinding yang wujud dan boleh digunakan di 150 negara. Micro masih mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh disokong dengan harga bermula $29 (~RM 125) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.