TechSemut Malaysia

Microsoft Akan Bawakan Aplikasi Movies & TV Ke Android Dan IOS

Microsoft Akan Bawakan Aplikasi Movies & TV Ke Android Dan IOS

Microsoft Akan Bawakan Aplikasi Movies & TV Ke Android Dan IOS
Julai 06
04:29 2018

Microsoft Movies & TV

Sekiranya anda pengguna Windows 10 PC dan ada membeli movie melalui Microsoft Store sudah tentu agak sukar untuk menonton kandungan yang dibeli pada platform yang berbeza. Pada masa akan datang tiada lagi masalah ini oleh kerana Microsoft dijangka akan membawa aplikasi Movies & TV ke platform Android dan iOS.

Sebelum ini, aplikasi Movies & TV milik Microsoft hanya boleh digunakan di Windows 10, Xbox dan juga Windows 10 Mobile. Aplikasi Movie & TV akan menyertai aplikasi lain yang telah berada di multi-platform seperti Microsoft Edge, Launcher, Office dan sebagainya.

Selain itu, Microsoft juga dikatakan akan menyertai program “Movie Anyware” yang merupakan platform perpustakaan movie yang dapat diakses dari aplikasi berbeza termasuk iTunes, Amazon Video, Vudu dan Google Play. Ini bermakana sekiranya anda membeli movie dari iTunes, movie tersebut juga boleh ditonton melalui aplikasi lain seperti Google Play tanpa pembelian kali kedua.

Movie Anyware kini memiliki akses lebih 7500 movie digital didalam perpustakaan mereka yang terdiri dari pengeluar popular termasuk Fox, Sony Pictures, Disney, Pixar, Marvel, Universal dan banyak lagi.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com