Jika anda masih sedang menggunakan sistem operasi Windows 10 yang lama (versi 1507), pihak Microsoft akan menjadi lebih agresif apabila ia memintak anda menaiktarafkan sistem operasi tersebut ke versi yang lebih baharu.

Ini adalah kerana serangan-serangan perisian hasad yang semakin meningkat kebelakangan ini, terutamanya Wanna Cry dan juga Petya. Walaupun serangan-serangan ini membabitkan beratus-ribu orang sekeliling dunia, masih banyak lagi komputer yang tidak mengemaskini sistem operasi tersebut untuk melindungi diri mereka daripada serangan-serangan ini.

Microsoft kini membenarkan pengguna-pengguna sistem operasi untuk menangguhkan penaiktarafan dan kemaskini Windows 10 sebanyak lima kali, dan selain dari itu, mereka juga boleh memilih waktu kemaskini tersebut supaya ianya tidak mengacau waktu bekerja ataupun istirehat pengguna.

Selain dari itu, pihak Microsoft juga menyatakan bahawa sistem operasi asal Windows 10 tersebut akan tamat sokongannya apabila kemaskini Fall Creators Update hadir untuk dimuat-turun, dan kami pasti ini adalah untuk memastikan semua pengguna-pengguna sistem operasi Microsoft tersebut selamat daripada serangan perisian hasad sebaik yang mungkin.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.