Microsoft kini memaklumkan pengguna, mengatakan mereka akan nyah-pasang pelayar web Edge versi legasi melalui kemaskini Windows 10 pada bulan April kelak.

Langkah ini diambil selari dengan sokongan untuk Microsoft Edge versi legasi yang akan ditamatkan pada bulan Mac kelak. Dalam memastikan pengguna terus melayari web dengan baik dan tidak terdedah dengan sebarang ancaman sekuriti, Microsoft akan nyah-pasang Edge versi legasi berkenaan.

Sebagai alternatif, pengguna akan ditawarkan dengan pelayar web Edge generasi baru berasaskan enjin Chromium. Sekiranya komputer pengguna sedia mempunyainya terpasang, maka tiada sebarang perubahan akan berlaku. Sebaliknya, sekiranya tiada pelayar web berkenaan, maka kemaskini bulan April ini akan memasangnya.

Jadi, bagi anda yang menggunakan Windows 10, jangan terkejut pada beberapa perubahan yang akan berlaku pada penawaran pelayar web melalui kemaskini bulan April 2021 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.