Xbox Series X hadir dengan sebuah ciri yang dinamakan Auto HDR untuk menampakkan grafik yang hadir dengan warna lebih menyerlah. Microsoft nampaknya bakal memperkenalkan ciri ini pada sistem operasi Windows 10 kelak, untuk menampakkan efek yang sama untuk permainan komputer yang tida menyokong HDR secara terbina.

Menurut Microsoft, Auto HDR boleh digunakan pada sekitar 1000 permainan terpilih buat masa ini yang menggunakan API DirectX 11 dan DirectX 12 dan boleh diakses melalui menu paparan Windows 10 terbina.

Microsoft telahpun memperlihatkan perbezaan diantara SDR, Auto HDR dan ciri HDR natif, dan walaupun ia tidak dilihat sebaik versi natif, ia sedikit sebanyak memperlihatkan penambahbaikan daripada versi SDR tanpa penggunaan HDR langsung.

Ciri Auto HDR ini sedang diuji melalui program Windows Insider, dan dilaporkan akan hadir pada kemaskini Windows 10 akan datang.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.