Microsoft dan ByteDance kini dilaporkan menangguhkan sementara perbincangan pengambil-alihan TikTok. Kedua-dua syarikat kini dikatakan sedang menantikan maklumat lanjut daripada kerajaan Amerika Syarikat sebelum berbincang lanjut berkaitan dengannya.

Ia dikatakan sebelum ini Microsoft dan ByteDance telah dalam peringkat perbincangan lanjut, yang mungkin melihat pengumuman dilakukan seawal hari Isnin akan datang ini. Namun, ia ditangguhkan sementara kerana diperkatakan Presiden Donald Trump akan mengharamkan aplikasi berkenaan.

Mengikut perbincangan awal, Microsoft dikatakan mungkin mengambil-alih operasi TikTok di Amerika Syarikat, sementara ByteDance akan meneruskan operasi global aplikasi berkenaan daripada ibu pejabat di Eropah.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi mengenai status TikTok – dan mungkin kita akan mengetahui lanjut mengenainya dalam sehari dua lagi ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.