Microsoft Diberikan Lesen Eksport Perisian Kepada Huawei

Sejak beberapa bulan yang lepas, pelbagai syarikat dari Amerika Syarikat telah dihalang daripada membuat perniagaan dengan pihak Huawei, disebabkan syarikat China berkenaan telah disenarai-hitamkan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat. Namun, perkara berkenaan kini berubah sedikit demi sedikit.

Terbaru, hari ini, pihak Microsoft mengumumkan yang mana mereka telah menerima lesen untuk mengeksport perisian kepada pihak Huawei.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah lesen dan kebenaran yang diliputi buat masa ini. Sekiranya berkaitan dengan perisian, buat masa ini pihak Microsoft menawarkan perisian Office dan Windows kepada Huawei – yang mana disertakan pada komputer riba mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.