Bersama-sama laporan berkenaan LinkedIn sedang membangunkan platform khusus memfokuskan pengkarya bebas, ia turut dilaporkan yang mana Microsoft sedang dalam usaha membangunkan dompet digital tersendiri.

Melaluinya, ia akan membolehkan para pengguna menyimpan duit dan menggunakannya dalam membuat bayaran untuk perkhidmatan di LinkedIn. Disamping itu, ia juga dijangka akan memudahkan pengguna untuk melakukan pembayaran di pelbagai aplikasi dan perkhidmatan dibawah Microsoft.

Buat masa ini, perancangan penuh berkaitan dompet digital Microsoft ini tidak diketahui lagi. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Microsoft berminat dalam mendapatkan Pinterest – dan ia turut diperkatakan salah satu sebabnya adalah untuk memperluaskan penawaran perkhidmatan dompet digital mereka, memandangkan Pinterest turut memudahkan pengguna menjual terus kepada pengguna.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.