Microsoft Dilaporkan Telah Mulakan Pembangunan Mengadaptasi Windows 10 Untuk Skrin Boleh-Lipat

Dengan perkembangan arena peranti dengan skrin boleh-lipat dan juga peranti dwi-skrin, kini Microsoft turut tidak ingin ketinggalan. Ia kini dilaporkan yang mana Microsoft telah mulakan pembangunan untuk mengadaptasi Windows 10 bagi digunakan pada peranti dengan skrin boleh-lipat.

Melalui pembangunan baru ini, ia akan membuatkan Windows 10 boleh dioptimasikan apabila digunakan pada keadaan dwi-skrin atau ketika skrin berkenaan dilipat. Langkah ini sekaligus memerlukan bukan sahaja adaptasi pada bahagian sistem operasi, tetapi juga pada sokongan aplikasi padanya.

Dengan langkah ini juga, ia memberikan petanda yang mana kita mungkin melihat pengeluar komputer akan hadir dengan komputer menggunakan dwi-skrin atau skrin boleh-lipat tidak lama lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mengumumkan berkenaan hal ini secara rasminya. Memandangkan Google telah sedia menyatakan sokongan untuk Android bagi skrin boleh-lipat, semestinya Microsoft tidak ingin ketinggalan sama dalam arena berkenaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.