Microsoft Edge Berasaskan Chromium Kini Diedarkan Secara Meluas Kepada Semua Pengguna Windows 10

Microsoft Edge adalah pelayar web tersendiri daripada Microsoft bagi menggantikan Internet Explorer. Ia adalah satu perkara baru yang Microsoft lakukan, sudah sekian lama Internet Explorer mempunyai prestasi yang teruk dan tidak membantu pengguna. Microsoft Edge dilihat mempunyai pelbagai pembaharuan, ia lebih menarik, menyokong pemalam, lebih mudah digunakan dan antaramuka yang mesra pengguna.

Microsoft Edge

Selepas beberapa tahun menguji Microsoft Edge, Microsoft membuat keputusan untuk menggunakan asas Chromium bagi menjayakan pelayar web mereka ini. Ia sudah sedia diuji sejak tahun lepas, dan Microsoft menawarkan secara terbuka bagi siapa yang ingin mencubanya. Terkini, ia sudah stabil dan Microsoft mengedarkan kemaskini Microsoft Edge versi Chromium ini kepada semua pengguna Windows 10 – melalui kemaskini sistem. Ia hadir dalam kemaskini Windows 10 versi 1803, 1809, 1903, 1909, dan 2004.

Tetapi jika anda tidak menerima kemaksini ini lagi, perisiannya boleh sahaja dimuat turun secara manual dari laman rasmi Microsoft melalui pautan di bawa. Tidak lupa juga yang pelayar web ini adalah yang kedua popular di dunia melangkau Firefox. Ayuh sama-sama kita berhijrah.

Muat Turun Microsoft Edge Di Sini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*