Microsoft Excel Untuk iOS Kini Juga Boleh Menghasilkan Jadual Dari Gambar

Dengan teknologi semasa pelbagai perkara remeh dapat dipermudahkan. Terdapat aplikasi menghantar barang yang membolehkan anda membeli belah dari rumah. Maklumat penting boleh dicari tanpa perlu ke kutubkhanah. Dengan aplikasi Microsoft Office 365 versi iOS terkini, jadual boleh dihasilkan di dalam Excel terus dari gambar yang diambil.

Data yang terdapat di dalam gambar secara automatik akan disusun di dalam baris dan lajur jadual yang sepatutnya serta boleh disunting. Ini adalah antara fungsi yang sama seperti yang diterima pada versi Android pada bulan Februari yang lalu. Bagi mereka yang kurang berminat memasukkan data dunia fizikal ke digital secara manual, ini adalah fungsi yang pasti lama anda nantikan di iOS.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.