Beberapa hari lalu kami telah melaporkan bahawa terdapat beberapa wartawan dari Al-Jazeera telah digodam oleh kerajaan Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu menggunakan perisian penggodam permesejan keluaran NSO Group dari Israel.

Pada tahun lepas, WhatsApp dilaporkan telahpun menyaman NSO Group kerana menggunakan kerentanan mereka untuk membangunkan perisian yang telah digunakan untuk mengintip mesej sebanyak 1400 peranti tanpa kebenaran.

NSO Group telah memberi maklum-balas kepada WhatsApp dan mengatakan bahawa mereka sepatutnya menerima imuniti kerana perisian tersebut hanya dijual kepada pihak kerajaan dan sepatutnya hanya digunakan untuk memintas mesej pihak pengganas ataupun ekstremis.

Terkini, syarikat-syarikat teknologi terkemuka seperti Microsoft, Google, Cisco dan VMWare telah berganding bahu untuk membantu WhatsApp dalam usaha untuk membawa NSO Group ke muka keadilan kerana isu godaman peranti ini.

Microsoft telah mengeluarkan sebuah kenyataan di blog mereka yang mengatakan bahawa NSO Group tidak sepatutnya diberi kekebalan kerana perisian mereka mengeksploitasi kerentanan yang hadir didalam sistem perkhidmatan dan operasi yang menyebabkan data-data pengguna terbuka untuk dibaca dan disimpan oleh sesiapa.

Walaupun perisian NSO Group digunakan oleh pihak kerajaan, kerentanan yang sama boleh digunakan oleh sesiapa pun untuk lebih banyak lagi tujuan yang jauh lebih jahat.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.