Microsoft Kelak Akan Membolehkan Anda Nyah-Pasang Paint, NotePad Dan WordPad Pada Windows 10

Microsoft melalui sistem operasi Windows 10 terbaru mereka sedia menawarkan pengguna lebih pilihan. Menariknya, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat akan menawarkan lebih kawalan kepada pengguna untuk apakah aplikasi yang perlu disertakan pada sistem operasi masing-masing.

Melalui Windows 10 Insider Build 19551 yang terbaru, ia dilihat Microsoft turut akan menambah sokongan untuk membuang beberapa aplikasi yang hadir terbina.

Melalui perkongsian awal, Microsoft dilihat memberikan pilihan pengguna untuk membuang aplikasi Notepad, Paint dan juga WordPad daripada komputer masing-masing.

Seperti ramai sedia maklum, ia tidak menggunakan ruangan storan yang tinggi. Tetapi, pilihan ini semestinya memberikan lebih kebebasan kepada pengguna.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri sama akan ditawarkan kepada semua pengguna Windows 10 melalui versi stabil.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*