Microsoft Memberi Amaran Berkaitan Dua Kerentanan Sekuriti Pada Windows

Microsoft kini telah mengeluarkan amaran kepada pengguna sistem operasi Windows, berkaitan dengan dua kerentanan sekuriti yang membolehkan pengodam menyerang komputer anda. Buat masa ini, tiada kemaskini yang ditawarkan untuk mengatasinya.

Kerentanan baru ini melibatkan Adobe Type Manager Library, yang mana membolehkan sistem operasi Windows memperlihatkan mukataip. Daripada kerentanan yang ditemui, ia membolehkan pengodam untuk menyerang komputer pengguna dan membuka dokumen menggunakan paparan tetingkap Windows – seterusnya mengawal atau melakukan sebarang perkara pada komputer yang diserang.

Microsoft melabelkan masalah kerentanan in sebagai kritikal, dan telah menyediakan beberapa kaedah untuk mengatasinya buat masa ini – iaitu dengan mematikan sementara ciri Preview Pane pada Windows Explorer.

Microsoft tidak memberikan sebarang tarikh berkenaan bilakah mereka akan menawarkan kemaskini perisian untuk mengatasinya – berkemungkinan kerana situasi semasa berkaitan wabak Covid-19 yang mengekang beberapa perkara.

Ikuti : Langkah Atasi Masalah Ini

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*