Microsoft bersama-sama beberapa rakan kerjasama sedia mengumumkan dan memperlihatkan set kepala untuk realiti-gabungan daripada Microsoft, dinamakan sebagai Windows Mixed Reality. Kini, selain daripada set kepala, Microsoft turut memperkenalkan alat-kawalan untuk membolehkan interaksi di dunia realiti-gabungan dilakukan dengan mudah.

Windows Mixed Reality

Alat kawalan ini dikatakan boleh dikawal sepenuhnya melalui integrasi sensor pada set kepala. Melalui perhubungan kedua-dua peranti ini, ia akan memberikan pengalaman yang baik ketika pengguna dalam dunia realiti-gabungan ini.

Pengenalan alat kawalan ini bukan sesuatu yang mengejutkan, malah beberapa pengeluar peranti realiti-maya sedia memperkenalkannya sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi siapakah yang akan menghasilkannya. Namun, Microsoft telah sedia mengumumkan yang mana Acer akan menawarkan alat kawalan realiti-gabungan ini bersama-sama set realiti-gabungan mereka dalam beberapa bulan lagi.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.