TechSemut Malaysia

Microsoft Mempertontonkan Kebolehan Terjemahan Masa-Nyata Pada PowerPoint

Microsoft Mempertontonkan Kebolehan Terjemahan Masa-Nyata Pada PowerPoint

Microsoft Mempertontonkan Kebolehan Terjemahan Masa-Nyata Pada PowerPoint
Mei 10
21:10 2017

Microsoft sedia menawarkan perkhidmatan terjemahan masa-nyata melalui Skype, dan kini mereka turut membawa sokongan yang sama ke PowerPoint. Dinamakan sebagai Microsoft Presentation Translator, ia membolehkan pembentang dan pendengar berhubung dan menjadikan mereka selesa ketika membentangkan sesuatu perkara dalam bahasa pertuturan yang selesa untuk mereka.

Terjemahan ini dilakukan dalam bentuk masa-nyata, dan dipaparkan dalam bentuk teks. Pendengar juga boleh bertanyakan sesuatu menggunakan bahasa yang selesa bagi mereka, dan ia akan diterjemah kepada bahasa yang digunakan oleh pembentang berkenaan.

Microsoft Presentation Translator

Microsoft Presentation Translator

Daripada apa yang dipertontonkan, pembentang juga perlu memilih bahasa terjemahan ketika memulakan pembentangan.

Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan awal. Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk menyertai ujian akses awalnya apabila ia tersedia kelak.

Microsoft Presentation Translator

Daftar Minat : Microsoft Presentation Translator

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com