Selama ini apabila kita membeli komputer riba hampir semuanya telah dipasang dengan sistem operasi versi OEM seperti Windows 7, akan tetapi walaupun kita mempunyai salinan sistem operasi yang sah bersertakan nombor lesen, kita tidak diberi salinan sistem operasi dalam bentukĀ  cakera liut seperti DVD untuk tujuan pasang semula atau baik pulih sistem operasi yang di jangkiti virus.

windows7_2468660b

Seperti kita sedia tahu, cara yang paling berkesan dan efektif untuk mengatasi masalah jangkitan virus pada sistem operasi Windows adalah dengan pasang semula pemasangan baru dengan menggunakan DVD pemasangan sistem operasi Windows. Kini semua sudah menjadi lebih mudah apabila pihak Microsoft menawarkan servis kepada pengguna untuk memuat turun salinan sah daripada mereka.

 

Pengguna boleh memuat turun fail pemasangan Windows 7 pada pautan di laman sesawang Microsoft Software Recovery.Dengan syarat pengguna mestilah menggunakan nombor lesen yang sah, akan tetapi jika nombor lesen sistem operasi peranti anda adalah versi “OEM Volume License” anda kemunkinan besar tidak dapat menggunakan khidmat ini.

 

 

By neto