Microsoft Menerbitkan Kod Sumber MS-DOS Di GitHub

Beberapa bulan dahulu, Microsoft telah mengambil alih laman web pangkalan kod sumber terbuka GitHub. Pengambilalihan tersebut dilihat cukup menarik kerana Microsoft, dibawah naungan Satya Nadella boleh dikatakan semakin berjinak dengan komuniti sumber terbuka.

Terkini, Microsoft dilihat telah meletakkan sumber kod salah satu sistem operasi terawal mereka di laman GitHub, iaitu MS-DOS.

Walaupun kod sumber MS-DOS ini boleh dimuat turun dan dilihat semua kod-kod sumbernya, Microsoft berkata bahawa mereka akan mengendahkan semua permintaan untuk melihat perubahan yang dibuat pada kod sumber asal (pull request) dan mereka tidak akan membenarkan sebarang perubahan untuk dilakukan kepada kod sumber asal yang berada di laman tersebut.

Jika anda berminat untuk melihat kod sumber MS-DOS yang merupakan asas binaan untuk pelbagai sistem operasi Microsoft Windows, anda boleh melayari laman web GitHub Microsoft untuk memuat turun kod tersebut.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.