Microsoft Mengakui Android Ialah Sistem Operasi Mudah Alih Yang Terbaik

Dua minggu lalu Microsoft memperlihatkan Surface Duo, sebuah “telefon pintar” dengan dwi-skrin yang boleh dilipat. Pengumuman peranti yang hanya akan dilancarkan pada penghujung 2020 ini mengejutkan ramai kerana Microsoft menggunakan sistem operasi Android yang merupakan pesaing mereka.

Surface DuoPersoalan mengapa Android digunakan terjawab selepas Panos Panay, ketua eksekutif produk Microsoft mengakui Android ialah sistem operasi mudah alih yang terbaik untuk peranti mudah alih. Ini dilakukan oleh beliau di dalam sebuah acara yang dilakukan di London menurut laporan Techradar. Sebelum ini Microsoft membangunkan Windows Mobile sebelum sokongan akan dihetikan pada 10 Disember ini selepas gagal mendapat sambutan pengguna.

Android kini digunakan lebih 75% telefon pintar di pasaran dengan iOS juah di belakang dengan sekitar 22%. Dengan pegangan pasaran yang amat besar, adalah tidak masuk akal untuk Microsoft untuk menghasilkan sistem operasi mudah alih baharu.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.