MIcrosoft Menghentikan Kemaskini Automatik Untuk Komputer Yang Menggunakan CPU Intel Skylake Dan Keatas

Kemaskini sistem operasi Microsoft Windows 10 October Update (versi 1809) baru sahaja hadir beberapa hari lalu, dan pengguna boleh menggunakan beberapa cara untuk memasang kemaskini tersebut kepada komputer mereka, termasuklah melalui kemaskini automatik, ataupun memuat turun ISO secara manual daripada laman web Microsoft.

Nampaknya terdapat masalah yang membelenggu ramai pengguna yang menggunakan CPU Intel generasi keenam (Skylake) dan keatas, dimana perisian audio dan video yang digunakan oleh CPU-CPU ini akan menyebabkan penggunaan CPU yang tinggi, dan akan memakan tenaga bateri yang terlalu banyak.

Apabila pengguna cuba mengemaskini sistem operasi Windows 10 kepada versi 1809, Microsoft akan menunjukkan notifikasi bahawa perisian audio dan video mereka perlu dikemaskini terlebih dahulu sebelum mereka boleh mengemaskini sistem operasi mereka.

Microsoft turut memberitahu pengguna Windows 10 untuk tidak mengemaskini sistem operasi mereka secara automatik ataupun manual sehingga perisian tersebut dikemaskini.

Bercakap tentang itu, Intel juga mengeluarkan kenyataan yang merujuk kepada masalah tersebut, dan menyatakan bahawa masalah kemaskini perisian video tersebut sudahpun diselesaikan melalui kemaskini  Intel Graphics Driver versi 24.20.100.6286. Intel menyarankan pengguna menyemak versi perisian grafik tersebut sebelum mereka terus mengemaskini sistem operasi Windows 10 mereka ke versi 1809.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.