Microsoft Menunjukkan Garis Panduan Menggunakan Android Pada Dwi Skrin Surface Duo

Android telah berkongsi garis panduan menggunakan skrin boleh-lipat pada November tahun lalu. Dengan garis panduan, pembangunan mempunyai idea bagaimanakah implementasi aplikasi mereka dapat dilakukan dengan lebih optimum. Microsoft akan melancarkan telefon Android dengan dwi-skrin Surface Duo mereka pada penghujung tahun ini. Sebelum pelancaran, Microsoft telah berkongsi garis panduan penggunaan dwi-skrin dengan pembangun aplikasi serta melancarkan kit SDK.

Dwi-skrin bakal menyokong lima mod paparan iaitu Extended Canvas, Master – Detail, Two Page, Dual View dan Companion Pane. Dengan lima mod paparan ini, pengoptimasian aplikasi dapat dilakukan dengan lebih mudah. Sebagi contoh Master – Detail membolehkan skrin kiri menunjukkan senarai emel manakala skrin kanan pula akan memaparkan kandungan emel. Two Page pula membolehkan paparan ebuku atau fail PDF seperti sebuah buku fizikal.

Turut disahkan ialah secara default, aplikasi yang dilancarkan akan dipaparkan pada satu skrin sahaja terlebih dahulu. Pengguna perlu mengarahkan aplikasi untuk menggunakan kedua-dua skrin secara manual. Jonas Daehnert seorang jurureka grafik telah menghasilkan video di atas yang menunjukkan antaramuka Surface Duo menggunakan kit SDK yang telah dilancarkan.

Bagi pembangun yang ingin menghasilkan aplikasi untuk Surface Duo, kit SDK boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*