TechSemut Malaysia

Microsoft Mula Mengubah Nama “Windows Store” Kepada “Microsoft Store”

Microsoft Mula Mengubah Nama “Windows Store” Kepada “Microsoft Store”

Microsoft Mula Mengubah Nama “Windows Store” Kepada “Microsoft Store”
September 22
17:40 2017

Microsoft kini nampaknya akan menjenamakan semula Windows Store yang hadir pada Windows 10 kepada nama baru, iaitu Microsoft Store. Perubahan ini sudah dapat dilihat oleh pengguna Windows Insider melalui penawaran versi terbaru minggu ini.

Microsoft Store

Langkah ini juga akan memudahkan pihak Microsoft untuk memasarkan kedai aplikasi mereka, bukan sekadar untuk mendapatkan kandungan digital, tetapi juga kandungan fizikal.

Bersama-sama perubahan nama, Microsoft juga dilihat mengubah ikon aplikasi berkenaan kepada lebih berwarna-warni.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsoft akan mengumumkan penjenamaan semula ini secara rasminya. Mungkinkah pada kemaskini Windows 10 akan datang?

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com