Microsoft Solitaire Kini Ditempatkan Sebagai Salah Satu Permainan Video Yang Termasyhur Di Dunia

Microsoft Solitaire merupakan permainan yang ditawarkan pada sistem operasi Windows secara terbina. Ia merupakan permainan daun terup yang cukup popular, membuatkan ia kini digelar sebagai salah satu permainan video yang termasyhur di dunia.

Solitaire

Penghargaan ini diberikan oleh Muzium Permainan Nasional daripada The Strong bagi anugerah World Video Game Hall of Fame 2019. Mereka memberikan penghargaan ini kepada Microsoft Solitaire kerana ia memainkan peranan yang cukup signifikan bagi industri permainan video. Ia telah hadir dalam pelbagai versi dan corak permainan yang berbeza sejak ia hadir pada tahun 1990 menerusi Windows 3.0.

Selain daripada Microsoft Solitaire, penghargaan ini turut diberikan kepada permainan Super Mario Kart, Mortal Kombat, dan Colossal Cave Adventure.

Dengan penghargaan ini, Microsoft Solitaire bukanlah hanya sebagai sebuah permainan terbina di dalam sistem operasi Windows semata-mata. Ia sebuah permainan yang ikonik, mudah dimainkan, dan sangat popular dalam kalangan masyarakat dunia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.