TechSemut Malaysia

Microsoft Surface Go Dengan Rekaan Lebih Kecil, Harga Mampu Milik

Microsoft Surface Go Dengan Rekaan Lebih Kecil, Harga Mampu Milik

Microsoft Surface Go Dengan Rekaan Lebih Kecil, Harga Mampu Milik
Julai 11
04:03 2018

Harga Microsoft Surface Go Malaysia

Microsoft Surface merupakan laptop 2-dalam-1 dengan papan kekunci yang boleh ditanggal. Ia mengfokuskan pada golongan profesional pada harga yang agak tinggi bagi siri Pro. Terbaru, Microsoft telah melancarkan Surface Go dengan rekaan yang lebih kecil dengan harga yang jauh lebih mampu milik.

Microsoft Surface Go merupakan model Surface yang paling nipis dan ringan dengan ketebalan hanya 8.3mm dan berat hanya 521g. Skrinnya hadir dengan PixelSense 10-inci dengan resolusi 1800 x 1200 pixel serta turut menyokong penggunaan Surface Pen.

Berbanding pemproses Intel Atom yang digunakan pada Surface 3, peranti ini mendapat penambahbaikan yang ketara pada prestasinya. Surface kecil ini menggunakan pemproses x86, Intel Pentium Gold 4415Y yang merupakan pemproses Kaby Lake-Y dengan 2-Core, 4 Thread, 1.6 Ghz serta keupayaan grafik Intel HD 615.

Harga Microsoft Surface Go Malaysia

Terdapat dua pilihan memori dan RAM iaitu 4GB atau 8GB RAM serta 64GB jenis eMMC atau 128GB dan 256GB memori dalaman jenis SSD. Peranti ini juga menggunakan USB 3.1 melalui Port Usb Type-C dan di cas melalui 24 Watt Surface Connect.

Untuk kamera Microsoft Surface Go hadir dengan 5 Megapixel kamera hadapan dengan fungsi kamera IR untuk kegunaan Windows Hello Login. Kamera belakangnya menggunakan sensor 8 Megapixel.

Untuk harga Microsoft Surface Go, model asas dengan 4GB RAM / 64GB eMMC dijual dengan harga USD399 (Sekitar RM1600). Model asas dengan Windows 10 Pro dijual pada harga USD449 (Sekitar RM1600). Bagi model 8GB RAM / 128GB SSD akan dijual pada harga USD549 (Sekitar RM2200). Model Lte dengan 256GB SSD akan hadir penghujung tahun ini.

Berita baik untuk pengguna di Malaysia, Microsoft Malaysia telah mengesahkan bahawa Surface Go boleh di tempah bermula 2 Ogos ini. Namun, buat masa ini tiada kenyataan rasmi mengenai harga Surface Go di Malaysia.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

<

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com