Microsoft Surface Laptop 2 Dan Surface Studio 2 Turut Dilancarkan

Surface Laptop 2 dan Surface Studio 2 turut dilancarkan dengan pelbagai penambahaikan berbanding model tahun lalu. Pada Surface Laptop 2, pemproses terkini Intel generasi kelapan digunakan bagi memberikan peningkatan sehingga 85% berbanding Surface Laptop asal.

Papan kekunci kemasan Alcantara serta skrin 13.5″ Pixel Sense dengan sokongan sesentuh dikekalkan. Seperti Suface Pro 6, Surface Laptop 2 juga akan ditawarkan dalam warna hitam. Terdapat pilihan pemproses Intel Core i7 atau Core i5, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB SSD. Bateri yang digunakan memberikan kuasa sehingga 14.5 jam.

Surface Studio 2 pula ialah peranti keluarga Surface yang paling berkuasa pernah dihasilkan dengan kad grafik NVIDIA dengan cip Pascal (model tidak diumumkan). Ini memberikan peningkatan grafik sehingga 50%.  Masih mengekalkan skrin 28″ Pixel Sense yang menyokog penggunaan Surface Dial dan Suface Pen. Storan 2TB SSD digunakan berbanding storan hibrid sebelum ini. Sungguhpun begitu pemproses Intel Core i7 generasi ketujuh sahaja digunakan tanpa sebarang kemaskini.

Di Amerika Syarikat Surface Laptop 2 dijual pada harga bermula $999 (~RM 4140) manakala Surface Studio 2 pula dijual pada harga bermula $3500 (~RM 14490) .

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.