Berita Menarik

Microsoft Surface Pro Dengan Sokongan LTE Advanced Kini Rasmi

Pembaca : 13
0 0

Lanjutan daripada pelbagai desas-desus mengatakan Surface Pro dengan sokongan selular akan hadir pada penghujung tahun ini, kini Microsoft secara rasminya telah pun mengumumkannya, dan mengatakan ia bakal dijual di beberapa negara bermula Disember 2017 ini.

Microsoft Surface Pro LTE

Microsoft Surface Pro dengan sokongan LTE Advanced ini hadir dengan rekaan seumpama Surface Pro sebelum ini, tetapi ia hadir terbina bersama modem Snapdragon X16, membolehkan pengguna menghubungkan komputer-tablet berkenaan ke rangkaian selular, dan menggunakan internet dengan mudah melaluinya.

Surface Pro ini hadir dengan pilihan cip bermula Intel Core i4, memori bermula 4GB RAM, dan ruangan storan bermula 128GB SSD. Seperti biasa, Microsoft turut menawarkan beberapa model dengan variasi spesifikasi yang lain.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Microsft akan menawarkan Surface Pro dengan sokongan LTE Advanced ini di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.