Microsoft Teams Kini Ditawarkan Untuk Linux

Linux merupakan salah satu sistem operasi berasaskan sumber terbuka, dan mempunyai pengguna dan peminatnya tersendiri. Terbaru, Microsoft membuat kejutan dan telah pun melancarkan Microsoft Teams secara rasminya untuk sistem operasi Linux.

Microsoft Teams

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan membolehkan para pengguna platform Linux untuk terus berkomunikasi dan berhubung dengan pengguna lain di Microsoft Teams. Buat masa ini, Microsoft menawarkan Microsoft Teams untukl Linux dalam bentuk pakej .deb dan juga .rpm.

Apa pun, salah satu persoalan yang menjadi persoalan ramai adalah adakah Microsoft akan turut membawa aplikasi Office ke Linux tidak lama lagi?

Muat-Turun Microsoft Teams untuk Linux

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*