Microsoft Teams Menambah Jumlah Peserta Telesidang Sekaligus Ke 300 Orang

Perisian kolaborasi dan telesidang berkumpulan memperlihatkan peningkatan penggunaan di seluruh dunia akibat wabak COVID-19. Perisian-perisian seperti Google Hangouts, Microsoft Teams dan Zoom dilihat memperkenalkan ciri-ciri baru dengan kadar yang sangat pantas.

Microsoft Teams merupakan salah satu perisian kolaborasi yang lebih banyak digunakan oleh syarikat-syarikat korporat kerana platform yang lebih memfokuskan kepada penggunaan profesional dan korporat.

Pihak Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah menambah jumlah peserta telesidang Microsoft Teams kepada 300 peserta sekaligus, menjadikannya platform telesidang yang mampu memuatkan jumlah peserta terbanyak setakat ini.

Dalam pada itu, Microsoft juga akan mengemaskini Teams untuk menambahkan grid panggilan telesidang ke 7×7 untuk membolehkan 49 orang dilihat pada satu skrin sekaligus.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*