TechSemut Malaysia

Microsoft Windows 10 S Sedia Jadi Pesaing Baru Kepada Chromebook

Microsoft Windows 10 S Sedia Jadi Pesaing Baru Kepada Chromebook

Microsoft Windows 10 S Sedia Jadi Pesaing Baru Kepada Chromebook
Mei 03
01:26 2017

Microsoft Windows 10 S

Microsoft baru sahaja melancarkan platform windows khas untuk pelajar dan pendidik yang dikenali sebagi Windows 10 S. Ianya diperkenalkan pada satu majlis khas yang berlangsung di New York.

Secara asasnya, Windows 10 S merupakan penambahbaikan kepada Windows RT yang diperkenalkan pada tahun 2012 yang kurang mendapat sambutan pengguna oleh kerana kuranya sokongan daripada pembangun aplikasi dan juga sokongan pembuat laptop.

Lain pula dengan platform Windows 10 S yang baru ini yang memiliki antaramuka yang sama dengan versi Windows 10 Pro termasuk ruangan desktop dan juga File Manager. Bezanya ialah ia hanya boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di Windows Store sahaja bagi memastikan prestasi dan keselamatan yang lebih terjamin memandangkan ia lebih mengfokuskan kepada pelajar dan juga institusi pendidik.

Microsoft Windows 10 S

Berbeza dengan Windows RT yang menggunakan ARM CPU yang tidak membenarkan apliksi legasi EXE dipasang pada peranti tersebut, Windows 10 S akan dijalankan menggunakan cip Intel yang sama dengan versi Windows 10 yang lain. Ini bermakana anda boleh menaik taraf dari Windows 10 S ke versi Pro pada bila-bila masa sahaja bagi yang ingin menaik taraf serta menggunnakan aplikasi legasi EXE.

Windows 10 S akan memberi persaingan utama kepada laptop Chromebook yang kini mendapat tempat di sekolah-sekolah semasa sisi pembelajaran. Microsoft telah berkerjasama dengan beberpa jenama laptop termasuk Acer, Asus, Dell, HP dan sebagainya bagi menghasilkan laptop dengan platform baru ini dengan harga jualan serendah USD189 atau sekitar RM830 di Malaysia.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com