TechSemut Malaysia

Microsoft Windows 10 S Untuk Sektor Pendidikan

Microsoft Windows 10 S Untuk Sektor Pendidikan

Microsoft Windows 10 S Untuk Sektor Pendidikan
Mei 03
06:41 2017

Apabila Microsoft melancarkan Windows 10 S malam tadi, ia menegaskan dengan jelas bahawa ia direka untuk sektor pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah. Jelas sekali ia adalah pesaing kepada ChromeOS daripada Google.

Windows 10 S

Kredit: MSPoweruser

Microsoft Windows 10 S Untuk Sektor Pendidikan

Antara ciri-ciri utama Microsoft Windows 10 S adalah ia lebih ringan berbanding Windows 10 Pro di mana banyak aplikasi latarbelakang dikelurakan darinya. Ia juga hanya menjalankan aplikasi dari Windows Store bagi menjamin keselamatan OS daripada malware yang sememangnya munasabah memandangkan ia disasarkan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai komputer yang banyak. Ia juga mempunyai perisian pentadbiran gred korporat yang membolehkan pihak sokongan teknikal sekolah memasang dan mentadbir semua komputer dalam rangkaian mereka dengan lebih mudah dan sistematik.

Microsoft mendakwa sebuah laptop atau komputer dengan Windows 10 S mengambil masa hanya 15 saat untuk dimulakan berbanding Windows 10 Pro yang mengambil masa jauh lebih lama. Pentabir sistem juga boleh setup komputer-komputer baharu di dalam rangkaiannya hanya menggunakan pemacu USB. Beliau akan menyalin setting asas komputer kedalam pemacu USB itu menggunakan komputer pentadbir dan mencucuknya kedalam setiap komputer baharu untuk menjalankan setup tanpa perlu menekan sebarang butang pun. Ini tentunya memudahkan pihak teknikal untuk menyediakan makmal komputer pelajar.

Microsoft juga mengumumkan bahawa para OEM akan mengeluarkan laptop dengan Windows 10 S bermula pada harga USD 189 iaitu kurang dari RM1,000. Harga ini hanya boleh dicapai hasil penggunaan Windows 10 S dan kami mengesyaki Microsoft memberikan OS ini kepada OEM pada harga sangat murah atau mungkin secara percuma bagi menggalakkan pembelian dari Winndows Store di mana Microsoft boleh mengaut keuntungan darinya.

Tetapi persoalannya mampukah Microsoft meyakinkan pembangun perisian untuk memuatnaik perisian mereka ke Windows Store? Bagaimana pula dengan perisian pesaing seperti pelayar web Google Chrome, Mozilla Firefoxdan sebagainya? Adakah mereka akan dibenarkan memasuki Windows Store?

Apa pun, kelebihan Windows 10 S berbanding Google ChromeOS jelas, di mana ia mempunyai set perisian yang lebih luas berbanding apa yang ditawarkan Google Play pada ChromeOS. Sokongan untuk perkakasian VR dan robotik juga memberikan kelebihan pada OS Microsoft itu. Ini memungkinkan lebih banyak bahan pengajaran dibangunkan pad media yang berlainan. Sekarang, apa yang tinggal ialah melihat bagaimana reaksi pasaran terhadap pengumuman ini.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com