Ayat seperti tidak masuk akal tetapi itulah projek yang di tawarkan oleh axelspace.  Sebuah syarikat Jepun yang telah memperkenalkan perkhidmatan ini yang membolehkan individu memiliki satelit mereka sendiri. Selain memberi peluang individu memiliki satelit peribadi,  mereka juga akan terlibat dalam memberi idea perkhidmatan apa yang akan di bangunkan nanti untuk satelit peribadi ini. 

Industri ini masih baru.  Dengan mempunyai satelit persendirian,  mendapat maklumat dan capaian dari ruang angkasa kini lebih pantas di peroleh malah data yang lebih selamat untuk kegunaan peribadi dan perniagaan anda.  Keberuntungan kepada pihak lain juga boleh di kurangkan.  Adakah industri ini mampu di rialisasi kan?  Seperti penggunaan helikopter dan jet peribadi?   Dan sudah pastinya ianya bukan untuk anda yang makan gaji. 

Maklumat lanjut layari www.axelspace.com 

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.