Mingguan Amanz – 5G Di Malaysia Pada 2022, Neelofa Buat Aplikasi, Huawei Pay Di Malaysia

Minggu ini menyaksikan sejumlah perkara menarik berlaku di arena tempatan, termasuk pengumuman kerajaan menyasarkan pengenalan rangkaian 5G sekitar penghujung 2022 atau awal 2023 kelak.

Selain itu, kini Huawei turut telah memperkenalkan Huawei Pay di Malaysia bagi memudahkan transaksi nirtunai. Maybank pula kini telah mengumumkan mereka akan menggantikan notifikasi berasaskan SMS kepada notifikasi berasaskan aplikasi.

Dalam arena penstriman, kini perkhidmatan DAZN telah memasuki pasaran tempatan pada harga langganan RM8.90 sebulan.

Neelofa kini dilihat dalam persiapan memperkenalkan aplikasi gaya hidup muslim terbaru, iaitu TheNoor.

Akhir sekali, TNB telah mengumumkan pemasaran Smart Meter secara percuma yang sedang giat dilakukan di Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*