Mingguan Amanz : Apple iPhone 12, OnePlus 8T, Xperia 1 II

Minggu ini menyaksikan sejumlah peranti baru dilancarkan pada peringkat global, termasuk Apple iPhone 12 yang hadir dalam 4 variasi model, iaitu iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro, dan juga iPhone 12 Pro Max.

Selain itu, Sony telah mengumumkan penawaran Xperia 5 II dan Xperia 1 II untuk pasaran tempatan, disamping Realme yang menawarkan Realme C17 dan Realme 7i di Malaysia. Tidak ketinggalan adalah OnePlus yang telah memperkenalkan OnePlus 8T pada peringkat global.

Minggu ini juga menyaksikan Yahoo menamatkan penawaran Yahoo Groups. Disamping itu, Facebook telah memperkenalkan nafas baru untuk Messenger melalui pengenalan logo yang lebih ceria.

Akhir sekali, kini anda sudah boleh memperbaharui lesen secara atas-talian melalui MyEG.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*