Mingguan Amanz – eTunai Rakyat RM30, Realme 5i, Unifi TV Plus Box

Minggu ini menyaksikan permulaan penawaran program eTunai Rakyat, dimana rakyat Malaysia menerima kredit sebanyak RM30 melalui dompet digital terpilih untuk digunakan dalam usaha mengalakkan transaksi nirtunai.

Selain daripada itu, TM pada minggu ini telah memperkenalkan Unifi Plus Box dengan sokongan Android TV dan paparan kandungan pada resolusi 4K.

Beberapa peranti baru telah dilancarkan di Malaysia pada minggu ini, dan salah satunya adalah Realme 5i pada harga RM599.

Microsoft minggu ini telah mula menawarkan pelayar web Microsoft Edge berasaskan enjin Chromium, selain mana Facebook telah mula menguji rekaan antaramuka baru di web.

Akhir sekali, kini Apple Mac Pro versi rak telah pun ditawarkan di Malaysia pada harga bermula RM27,999.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.