Mingguan Amanz – Huawei Mate 30, Vivo NEX 3, Samsung Galaxy A50s, Unifi Air

Minggu ini menyaksikan Huawei memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei Mate 30 dan Huawei Mate 30 Pro. Kedua-duanya hadir dengan sokongan spesifikasi tinggi, selain kamera yang lebih baik berbanding pelbagai pesaing lain di pasaran.

Bersama-sama dengannya juga, pihak Huawei telah memperkenalkan Huawei Mate 30 RS versi premium, selain jam tangan pintar mereka, Huawei Watch GT2.

Selain Huawei, pihak Vivo turut telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka dengan rekaan skrin menyeluruh, selain spesifikasi tinggi, iaitu Vivo NEX 3. Bersama-sama dengannya, Vivo turut memperkenalkan fon telinga nirwayar mereka tersendiri.

Di Malaysia, Samsung telah melancarkan Galaxy A50s, Galaxy A30s dan juga Galaxy A20s. Ketiga-tiganya telah mula ditawarkan di Malaysia, dan boleh didapati pada harga bermula RM699. Oppo turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan Oppo A9 2020 untuk pasaran tempatan.

Dalam arena komputer riba, Asus telah memperkenalkan dua komputer riba dibawah keluarga VivoBook untuk pasaran tempatan, dan menawarkannya pada harga bermula RM3199.

Akhir sekali, pihak Apple telah pun menawarkan iOS 13 secara rasminya untuk pengguna iPhone, selain turut telah menawarkan langganan Apple Arcade pada harga RM19.90 sebulan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.