Mingguan Amanz – Huawei P30, Samsung SEA Forum, Apple Arcade

Huawei minggu ini telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iaitu Huawei P30. Dua model diperkenalkan, dan menjadi fokus ramai adalah Huawei P30 Pro yang menyertakan sokongan zoom sehingga 50x. Bersama-sama pengumuman berkenaan, Huawei telah memperkenalkan sejumlah aksesori, termasuk sebuah kaca mata pintar tersendiri.

Selain Huawei, Samsung pada minggu ini telah mengadakan Samsung SEA Forum yang menyaksikan pelancaran sejumlah peralatan elektronik, termasuk peti sejuk pintar dan juga mesin basuh.

Xiaomi pada minggu ini turut mencuri perhatian ramai dengan mengacah pengecas pantas selaju 100W. Apple pula telah memperkenalkan sejumlah perkhidmatan baru, termasuk Apple News+, Apple Arcade dan juga Apple TV+.

Dan akhir sekali, JPJ kini telah mengleuarkan garis panduan untuk perkhidmatan seru-pandu yang memerlukan pemandu mempunyai lesen bersesuaian yang boleh didaftarkan bermula 1 April ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*