Mingguan Amanz – Huawei P40 Malaysia, Internet Percuma 1GB, OnePlus 8

Minggu ini menyaksikan Huawei Malaysia melancarkan Huawei P40 secara rasmi untuk pasaran tempatan, Tiga peranti diperkenalkan dibawah siri Huawei P40, iaitu Huawei P40, Huawei P40 Pro dan Huawei P40 Pro Plus.

Bersama-sama dengannya, pihak Huawei turut memperkenalkan Huawei MatePad Pro dan Huawei Watch GT 2e. Huawei turut telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka, iaitu Huawei Video.

OnePlus minggu ini telah mengumumkan yang mana mereka akan memperkenalkan siri OnePlus 8 secara rasminya pada 14 April kelak.

Dalam penawaran aplikasi, Facebook kini menawarkan perisian desktop Facebook Messenger untuk Mac dan Windows – sekaligus memudahkan lagi proses panggilan video.

Akhir sekali, kerajaan telah mengumumkan penawaran data percuma 1GB sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*