Minggu ini menyaksikan kerajaan mula menawarkan kredit sebanyak RM50 melalui program ePenjana. Kredit diberikan melalui dompet digital untuk mengalakkan penggunaan transaksi secara nirtunai.

Sony pada minggu ini mengumumkan akan menguji kenderaan mereka dijalan awam – sekaligus memperlihatkan minat Sony dalam komersilkan kereta mereka.

Kerajaan pada minggu ini telah mengummumkan penamatan aplikasi Gerak Malaysia, dan meminta pengguna untuk nyah-pasangnya.

Samsung kini diperkatakan sedang mempertimbangkan untuk membuang Galaxy Apps Store dan Bixby – sekaligus menawarkan perkhidmatan Google sebagai alternatif.

Beberapa peranti baru turut telah diperkenalkan pada minggu ini, termasuk Nubia RedMagic 5S, Cat S62 Pro, dan juga komputer riba IdeaPad Flex 5 dari Lenovo.

Huawei kini dilaporkan mengatasi Samsung, sekaligus menduduki tangga pertama dunia dari segi angka pengeluaran telefon pada suku kedua 2020 lepas.

Konami yang sedia terkenal dengan penawaran permainan kini membuat kejutan dengan memperkenalkan komputer yang dioptimasikan untuk permainan video.

Telegram kini mengumumkan perkongsian fail sehingga 2GB melalui perkhidmatan mereka.

Akhir sekali, kini TM melalui Unifi Mobile menawarkan akses data tanpa had pada harga RM35 sebulan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*