Minggu ini menyaksikan pihak Sony membuat pengumuman permainan yang bakal hadir ke konsol PlayStation 5 mereka, dan turut memperlihatkan rekaan konsol akan datang mereka. Dua variasi konsol akan diperkenalkan, iaitu PlayStation 5 dan juga PlayStation 5 Edisi Digital.

Disamping itu, dalam arena peranti, Realme telah memperkenalkan beberapa peranti baru dibawah ekosistem mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Realme Watch, Realme Band, fon telinga nirwayar, dan juga PowerBank.

Huawei tidak ketinggalan pada minggu ini, dan telah mula mengacah kehadiran Huawei Nova 7 untuk pasaran tempatan. Samsung pula, minggu ini telah melancarkan siri Galaxy A21s secara rasminya untuk pasaran tempatan.

Dalam penawaran aplikasi, Photoshop Camera telah mula ditawarkan untuk Android dan iOS pada minggu ini.

MyNews di Malaysia kini telah hadir dengan kiosk pembayaran layan diri mereka tersendiri, dan telah mula diuji dibeberapa lokasi di Lembah Klang.

Dan akhir sekali, kini U Mobile dan Celcom XPAX telah mula menawarkan pelan prabayar tanpa had pada harga kurang RM40.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.