Minggu ini menyaksikan pengenalan sejumlah telefon pintar untuk pasaran tempatan, iaitu Poco F2 Pro, Realme X3 SuperZoom, Honor 9X Lite dan Samsung Galaxy A31. Disamping itu, pelbagai peranti baru turut diperkenalkan pada peringkat global, termasuk Realme Watch, Realme TV, dan juga Redmi K30i 5G.

Microsoft pada minggu ini telah memperkenalkan kemaskini Windows 10 terbaru, iaitu Windows 10 May 2020 Update.

Sony kini telah memperkenalkan kamera vlog terbaru mereka, dinamakan Sony ZV-1, dan dijangka diperkenalkan pada bulan Julai kelak di Malaysia.

Facebook pada minggu ini telah menjenamakan semula dompet digital mereka kepada nama Nemo.

Dan akhir sekali, kini anda sudah boleh membeli tambah-nilai Google Play melalui 7-Eleven.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.